Sunday 9 October 2011

MASAALAH DARAH

Ibu saudara aku baru disahkan perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu bermula awal bulan ini.  Beliau masih lagi murung dan tidak dapat menerima kenyataan ini.

Awal bulan, beliau juga menghadapi masaalah jantung.  Beliau perlu transfusi darah.  Itu membuatnya dalam keadaan bimbang.  Padanya darah siapa yang dimasukkan ke dalam darahnya adalah tidak baik.

Suaminya sudah bertanya kepada pihak berkuasa agama.  Mereka mengesahkan bahawa perkara itu adalah harus.  Beliau kena yakin bahawa ianya perlu demi menjaga kesihatannya.

Dalam menjalani dialisis ini pun, beliau amat tertekan kerana takut infeksi.  Masaalah kesihatan yang melibatkan darah, jantung dan ginjal bukanlah sesuatu yang biasa.

Friday 16 September 2011

HARI MALAYSIA

Tahun ini kali kedua kita menyambut Hari Malaysia.  Memang lebih bertepatan.  Tak ada yang mengelirukan.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Tuesday 30 August 2011

HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.

Friday 12 August 2011

IBADAH BULAN RAMADHAN

Sudah masuk dua minggu kita berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak.  Terleka pula untuk nak buat N3.   Tapi mungkin masih belum terlambat lagi untuk turut mengucapkan selamat kepada semua.

SELAMAT BERIBADAH
DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Marilah kita sama-sama cuba lakukan yang terbaik. Semoga kita diberkati dengan rahmat yang terbaik juga.  Amin.

Tuesday 12 July 2011

BARU NAMPAK RUANG IKUT

Agaknya salah langkah, atau mungkin salah hari.  Puas godek-godek untuk nak follow tapi tak keluar apa-apa.

Rupanya tengah ada pembaharuan.  Hari ni barulah keluar.

Suka hati juga sebab sudah ada followers.  Aku pun mula ikut juga.  Hehe.

Monday 11 July 2011

I AM A BLOGGER

Today I registered to be a blogger.  So this is my 1st entry.

I hope to get new friends.