Sunday 9 October 2011

MASAALAH DARAH

Ibu saudara aku baru disahkan perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu bermula awal bulan ini.  Beliau masih lagi murung dan tidak dapat menerima kenyataan ini.

Awal bulan, beliau juga menghadapi masaalah jantung.  Beliau perlu transfusi darah.  Itu membuatnya dalam keadaan bimbang.  Padanya darah siapa yang dimasukkan ke dalam darahnya adalah tidak baik.

Suaminya sudah bertanya kepada pihak berkuasa agama.  Mereka mengesahkan bahawa perkara itu adalah harus.  Beliau kena yakin bahawa ianya perlu demi menjaga kesihatannya.

Dalam menjalani dialisis ini pun, beliau amat tertekan kerana takut infeksi.  Masaalah kesihatan yang melibatkan darah, jantung dan ginjal bukanlah sesuatu yang biasa.

4 comments: